fbpx
Aksi berbalas ciuman antara Meerqeen dan Kiky yang tular dalam media sosial hari ini.

Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Berani buat, berani tanggung. Itu perumpamaan paling tepat buat pelakon muda meningkat naik Meerqeen selepas tular sebuah video menunjukkan dia mencium dahi pelakon dan juga pelawak popular Indonesia, Kiky Saputry.

Tidak hanya bertepuk sebelah tangan, ciuman Meerqeen yang hinggap di dahi Kiky kemudian dibalas semula wanita itu apabila mencium kembali pipinya.

Aksi berkenaan yang dimuat naik Kiky, 28, dalam Instagram dan TikTok peribadi miliknya kemudian menjadi tular sehingga mendapat pelbagai reaksi terutama dalam kalangan peminat Meerqeen.

Menerusi Instagramnya, difahamkan Kiky memuat naik video tersebut sebagai maklumbalas kepada YouTuber dikenali sebagai Malindo Damai apabila telah menggelarkan sebagai wanita yang tidak cantik.

“Tidak mengapa kalau tidak cantik. Yang penting kamu sayang sama aku,” kata Kiky sambil mencium dahi pelakon asal Malaysia itu.

Tindakan ‘berani mati’ Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam, 21, itu melakukan aksi sedemikian (cium) itu sekali gus menyebabkan peminatnya berasa kesal, malah kecewa atas perbuatannya.

“Aku kecewa dengan Meerqeen. Sumpah. Aku ingatkan dia akan tolak (dicium) dengan cara baik. Rupanya?” ujar seorang peminatnya.

“Meerqeen tak takut ke dapat surat cinta dari ustazah?” kata seorang lagi peminatnya,

“Turn off aku dengan Meerqeen,” kata seorang netizen.

Beberapa hari lalu, kecoh dalam media sosial apabila pelakon Melur Untuk Firdaus itu memeluk seorang peminat wanita yang ditemuinya sehingga mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Sekadar info, nama Meerqeen dan Anna Jobling menjadi tular sehingga ke Indonesia gara-gara penangan drama Melur Untuk Firdaus.

Kedua-dua pelakon itu telah berada di Jakarta selama empat hari sejak Ahad lalu untuk bertemu dengan peminat mereka di sana selain untuk memenuhi jemputan program televisyen di negara republik itu. – KOSMO! ONLINE

POPULAR