fbpx

MBK pasang lampu di pokok, burung makin kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas MBK memasang lampu di kawasan pokok bagi menangani masalah pencemaran najis burung di bandar Kuantan kelmarin.

KUANTAN – Pemasangan lampu di kawasan pokok dikenal pasti menjadi antara kaedah awal dilaksanakan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam usaha menangani masalah pencemaran najis burung di bandar raya itu.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, pemasangan lampu itu merupakan perancangan jangka pendek dalam mengatasi isu berkenaan selain perancangan jangka panjang yang akan dibuat pihaknya.

“Kita melakukan tempoh percubaan dengan meletakkan lampu di beberapa batang pokok, setakat ini ada kesan positif apabila burung berkurangan di kawasan terbabit.

“Dalam jangka masa panjang, kita akan bekerjasama dengan pihak veterinar bagi berkongsi kepakaran mereka dalam meng­atasi masalah burung di bandar Kuantan,” katanya di sini sema­lam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Kosmo! baru-baru ini apabila keindahan Kuantan yang diisytihar sebagai bandar raya pada 21 Februari tahun lalu dicemari najis burung sehingga menimbulkan rasa ti­dak selesa kepada orang ramai.

Berita berkaitan: Najis burung ‘turun macam hujan’ di Kuantan

Tinjauan mendapati, kawasan tengah bandar sekitar Jalan Tun Ismail di sini mula dipenuhi dengan burung yang kembali ‘bermalam’ di pokok-pokok besar sepanjang jalan berkenaan dan meninggalkan najis yang banyak pada siang hari.

Suasana bunyi burung yang bingit serta najis-najis yang mula memenuhi kawasan tempat letak kereta dan kawasan pejalan kaki menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai sama ada penduduk setempat atau pelancong.

Dalam pada itu Hamdan berkata, pihaknya akan terus berusaha mengatasi isu itu bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai dan pelancong yang datang ke bandaraya Kuantan.
Katanya, dalam memastikan kebersihan kawasan berkenaan pihaknya juga melaksanakan pembersihan rutin di kawasan itu secara berterusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI