fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Pilih Diaz berbanding Salah keputusan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEAN HONG

PENDEKATAN untuk menyenaraikan Luis Diaz berbanding Mohamed Salah jelas menjadi percaturan paling berbaloi buat pasukan Enersky ketika pemain itu muncul wira Liverpool dan mampu menyumbangkan mata dalam skuad Liga Fantasi Kosmo! bagi minggu kedua.

Bagi pengurusnya, Chee Kean Hong, beliau tidak mahu terlalu mengikut trend seperti pasukan lain dan sanggup tampil dengan percaturan berbeza.

“Kalau ikutkan, saya tidak buat sebarang pertukaran pada minggu ini, tetapi dalam pasukan saya, tiada Salah dan Erling Haaland kerana saya tahu sudah ramai pemain fantasi yang pilih pemain ini.

“Untuk skuad saya, hanya 50 peratus saya ikut majoriti, sama seperti orang lain, manakala selebihnya saya buat pilihan sendiri. Biasanya saya akan rujuk kepada media bola sepak antarabangsa dan tanya rakan-rakan.

“Ini pun kali pertama saya sertai pertandingan ini selepas lihat kawan-kawan main. Saya hanya cuba nasib dan hanya mahu nikmati saingan Liga Perdana Inggeris,” ujarnya.

*Para pembaca Kosmo! masih berpeluang untuk menyertai Liga Fantasi Kosmo! yang hanya akan ditutup pada 12 November nanti untuk memenangi hadiah mingguan dan pelbagai hadiah menarik pada penghujung musim. Sila daftar di https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI