fbpx
IFA RAZIAH

[VIDEO] Buat ‘live’ solat, memang saya nak menunjuk – Ifa Raziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Memang saya nak menunjuk ibadah kepada netizen yang suka mengecam dan melabel saya sebagai jahil.”

Itu kenyataan penyanyi dangdut sensasi Ifa Raziah susulan tindakannya membuat siaran langsung ketika menunaikan solat baru-baru ini.

Biarpun menyedari perbuatan tersebut bakal dikecam hebat, pemilik nama penuh Saripah Raziah Mustapha, 46, itu tetap berbuat demikian bagi menutup mulut segelintir netizen yang kerap mempersoalkan amal ibadahnya selama ini.

“Memang saya nak menunjuk kepada umum yang menuduh saya mencabar Allah, ahli neraka dan tidak solat. Jadi, saya tunjuklah bahawa saya menunaikan solat dan menjaga hubungan dengan Tuhan.

“Semua itu untuk membuktikan saya bukan seperti yang dikatakan netizen. Walaupun saya hina pda pandangan manusia, Insya-Allah tidak pada-Nya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut, dia turut menegaskan individu yang mengecam tidak pernah tinggal sebumbung dengannya apatah lagi mengetahui setiap ibadahnya.

“Mereka yang cakap saya macam-macam, seperti mereka duduk serumah pula dengan saya.

“Tak perlulah nak menghakimi sesuka hati kehidupan saya. Namun, benda begini jika tidak menunjuk, orang tak akan percaya.

“Saya akan cuba untuk perbaiki kelemahan diri. Hidayah semuanya datang daripada Allah dan hanya Dia yang tahu perkara terbaik untuk saya,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, tanpa disedari ramai, banyak perubahan yang berlaku kepadanya terutama berkaitan perihal ibadahnya.

“Sehingga hari ini, banyak perubahan yang berlaku kepada diri saya termasuk amal ibadah cuma saya belum berhijab saja lagi.

“Itu saja satu dosa besar yang belum saya lunaskan lagi, yang lain semua alhamdulillah,” jelasnya.

Pelantun lagu Ser..Ser..Ser.. itu juga belum terfikir untuk memaafkan pihak yang mengecamnya selama ini, sebaliknya berharap dipertemukan untuk bersemuka pada hari pembalasan kelak.

“Maafkan, tidak. Nak sekolahkan mereka juga tidak.

“Tunggu saja di Padang Mahsyar nanti,” tegasnya.

Selepas dikecam susulan isu bergelek di majlis akikah, dia sekali lagi mengundang kecaman ramai apabila membuat siaran langsung ketika menunaikan solat baru-baru ini.

Kontroversi video gelek dalam majlis aqiqah dan dibayar puluhan ribu itu turut mendapat teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma’ Harun. – KOSMO! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN