fbpx

Tidak tolak kemungkinan tubuhkan RCI isu skandal LCS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Junaidi bercakap pada sidang akhbar selepas Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (JPM) di Putrajaya di sini, hari ini. GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal berhubung pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penubuhan RCI itu mungkin diadakan memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada menyebutnya sebelum ini.

“Dalam keadaan sedemikian saya cukup yakin akan dilaksanakan (RCI) bahkan Perdana Menteri ada menyebutnya.

“Kita tidak tutup, ada ‘possibility’ mengadakan RCI jadi maknanya belum tertutup lagi soalan itu walaupun dianggap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sudah buat yang terbaik,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI