fbpx

Monyet di zoo California hubungi panggilan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROUTE membuat panggilan kecemasan di Zoo To You berhampiran Paso Robles, California. - AFP

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seekor monyet di sebuah zoo di negeri California, Amerika Syarikat (AS) menelefon polis selepas ia menemui telefon bimbit, bahkan berjaya mendail panggilan kecemasan, lapor akhbar New York Post semalam. 

Pejabat Syerif Daerah San Luis Obispo berkata, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan yang kemudiannya terputus. Apabila pegawai cuba menghubungi nombor itu semula, tiada sesiapa yang menjawab panggilan.

Pegawai kemudian dihantar ke lokasi telefon bimbit itu untuk menentukan sama ada bantuan diperlukan.

Apabila tiba di alamat pejabat Zoo to You berhampiran Paso Robles, mereka mendapati tiada sesiapa yang membuat panggilan.

Selepas disiasat, polis kemudian mendapati bahawa seekor monyet Capuchin bernama Route sebenarnya merupakan pemanggil tersebut.

Route dikatakan mengambil telefon bimbit di dalam kereta golf milik zoo tersebut yang digunakan untuk mengembara di sekitar tapak seluas 16.18 hektar itu.

Monyet itu secara kebetulan menekan kombinasi nombor yang betul untuk menghubungi perkhidmatan kecemasan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI