fbpx

Cirit-birit boleh sebabkan kematian bayi, kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cirit-birit yang dialami oleh kanak-kanak terutama berpunca daripada thyphoid dan rotavirus, boleh menyebabkan kematian jika tidak diberikan rawatan segera.

Menerusi perkongsian pengamal perubatan swasta, Dr. Hannani Kamarudin berkata, kanak-kanak boleh mengalami dehidrasi atau kehilangan air dengan cepat antara satu atau dua hari berbanding orang dewasa.

“Cirit-birit pada kanak-kanak jangan main-main, ia bahaya kerana mereka tidak boleh menyimpan air dalam tubuh dengan banyak.

“Justeru, paling utama apabila anak cirit-birit ialah hidrasi dengan memberi air bagi menggantikan air yang keluar. Jika dia muntah balik, beri juga air,” katanya pada hantaran video di media sosial.

Dr. Hannani berkata, dalam kes melibatkan cirit-birit, doktor akan memberikan ORS (air garam) kerana mereka kehilangan kalium (potassium) dan sodium yang berfungsi bagi pergerakan dan pertukaran sel, zat dan nutrisi.

“Sehubungan itu, kita kena tahu apa penyebab cirit-birit itu. Adakah disebabkan demam, antibiotik, dijangkiti kuman atau thyphoid dan rotavirus.

“Rotavirus paling banyak membuatkan cirit-birit teruk kerana ia menyebabkan dehidrasi dengan cepat. Simptom rotavirus ini juga muntah cirit-birit yang berair memancut sekali gus bayi akan semakin lemah dan perlu berhati-hati,” katanya.

Ujarnya lagi, terdapat vaksin bagi rotavirus namun ia diberikan pada usia enam minggu hingga enam bulan kerana tujuannya adalah memberi perlindungan sebelum usus matang.

“Kalau berikan vaksin rotavirus selepas sembilan, boleh saja tetapi keberkesanan rendah berbanding di bawah enam bulan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI