fbpx

Wanita ditangkap curang ketika suami pertaruh nyawa di tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki bertatu dalam keadaan tidak berbaju dilihat sedang duduk sambil tangannya diikat. – Twitter @ndagels

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia ditangkap sedang curang bersama kekasih gelap oleh bapa mentua sendiri ketika suaminya bertugas di atas sebuah kapal demi menyara keluarga, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman Twitter, seorang lelaki bertatu dalam keadaan tidak berbaju kelihatan  sedang duduk sambil tangannya diikat.

Dia dikatakan diikat oleh penduduk setempat yang turut memenuhi lokasi mereka ditangkap.

Aktiviti pasangan kekasih itu ‘dihidu’ oleh bapa mentua wanita berkenaan sebelum dia bertindak menangkap mereka di rumahnya di Pekalongan, wilayah Jawa Tengah.

“Ditangkap mentua sendiri. Pasangan curang ditangkap di Pekalongan ketika suami belayar di laut,” demikian menurut keterangan klip video tersebut.

Dalam satu hantaran lain, penduduk setempat yang heboh mengenai kejadian itu dilihat memenuhi lokasi kejadian.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Padahal suaminya mempertaruhkan nyawa di laut,” kata seorang netizen.

“Bagus untuk suaminya kerana boleh dapat yang lebih baik daripada dia,” kata netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI