fbpx

Lelaki didenda RM2,057.25 akibat fitnah Kelantan FC di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lampiran yang dikemukakan oleh pihak TRW Kelantan FC menunjukkan madrasah yang menerima sumbangan hasil ganti rugi dan permohonan maaf penyebar fitnah di Facebook miliknya. /FOTO IHSAN TRW KELANTAN FC

KOTA BHARU – Seorang lelaki terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM2,057.25 selepas memfitnah dan melemparkan tohmahan terhadap Kelantan FC menerusi akaun Facebook baru-baru ini.

Pemangku Pengurus Operasi Kelantan FC, Mohd. Afiq Ab. Manaf berkata, peguam The Red Warriors (TRW) Kelantan FC telah menghantar satu notis tuntutan kepada penyebar fitnah mengikut sistem perundangan agar tidak menyebarkan tohmahan tidak benar mengenai kelab.

Menurutnya, menerusi notis tuntutan itu, Kelantan FC telah menuntut ganti rugi berjumlah RM 10,000, namun lelaki itu memohon pengurangan kepada RM2,000 selain bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebook miliknya.

“Pihak TRW Kelantan FC telah bersetuju dengan amaun pengurangan kepada RM2,057.25, namun ganti rugi itu tidak diberikan kepada kelab sebaliknya ia diinfak dengan pembelian barangan keperluan makanan harian di atas nilai yang sama untuk diserahkan kepada madrasah-madrasah di negeri ini.

“Tindakan ini bukan untuk mengaut keuntungan atau mencari publisiti. Pihak kelab ingin memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menabur fitnah, menjatuhkan imej atau mengadu domba terhadap TRW Kelantan FC, pemain-pemain dan pihak yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohd. Afiq, pihaknya memandang serius terhadap tohmahan yang tidak berasas kepada kelab dan berharap tindakan itu menjadi iktibar kepada semua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI