fbpx

EPL: Thomas Tuchel tuduh Taylor ada agenda sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL menuduh Taylor gagal mengawal permainan dengan baik sehingga beberapa keputusan dibuat mencetuskan kontroversi. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berang dengan keputusan dilakukan pengadil perlawanan, Anthony Taylor selepas pasukannya seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge malam kelmarin.

Perlawanan itu berlangsung dalam keadaan cukup panas sehingga menyebabkan Tuchel dan pengendali Spurs, Antonio Conte dilayangkan kad merah kerana bertegang urat selepas perlawanan tamat.

Beliau tanpa berselindung mengkritik Taylor yang gagal memberikan sepakan percuma kepada tuan rumah meskipun dua pemainnya, Kai Havertz dan Marc Cucurella dikasari sehingga mendorong kepada jaringan Spurs.

“Mungkin lebih baik jika beliau (Taylor) tidak lagi diberikan tugas mengadili perlawanan melibatkan Chelsea. Sejak bila menarik rambut pemain (Cucurella) dibenarkan dalam setiap perlawanan.

“Jika beliau tidak nampak, saya tidak salahkannya, tetapi apa tugas VAR (Video Bantuan Pengadil) yang melihat rakaman insiden tersebut. Bagaimana insiden seperti ini tidak diberikan kad merah atau sepakan percuma,” luah Tuchel.

Pada masa sama, jurulatih dari Jerman itu senada dengan penyokong-penyokong The Blues yang mendakwa Taylor mempunyai agenda tersendiri bagi memastikan pasukannya berdepan kesukaran dalam perlawanan.

“Bukan hanya penyokong, malah pemain sendiri tahu apa yang boleh dijangka apabila Taylor menjadi pengadil perlawanan. Mereka (pemain) sudah bersedia dengan keadaan itu apabila masuk ke dalam padang,” ujarnya.

Dalam perlawanan tersebut, Chelsea menjaringkan dua gol menerusi Kalidou Koulibaly dan Reece James, manakala Spurs dua kali bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Pierre-Emile Hojbjerg dan Harry Kane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI