fbpx

Damok dapat tiket wildcard di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAMOK akan turun dengan tiket wildcard pada perlumbaan di Sepang nanti sekali gus bakal menjadi tarikan peminat.

KUALA LUMPUR – Pelumba berbakat negara, Syarifuddin Azman sah akan beraksi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dijadualkan berlangsung 21 hingga 23 Oktober depan menerusi tiket wildcard.

Keputusan itu diumumkan Ketua Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif kerana beliau menganggap Syarifuddin yang lebih dikenali sebagai Damok merupakan calon paling layak untuk menggalas tugas tersebut.

Beliau turut menjelaskan, Damok yang akan melakukan penampilan kelimanya sebagai pelumba wildcard bakal beraksi bersama pasukan VisionTrack Racing pada perlumbaan di Sepang nanti.

“Selepas dua tahun GP Malaysia tidak dianjurkan akibat pandemik Covid-19, kami kini sudah bersedia menanti kehadiran penyokong tempatan serta antarabangsa.

“Dengan ketiadaan pelumba Malaysia bersaing secara musim penuh pada musim ini, saya percaya Damok akan menjadi tarikan utama kepada peminat MotoGP tempatan pada perlumbaan di Sepang nanti,” katanya pada majlis pelancaran GP Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Damok sebelum ini beraksi menerusi tiket wildcard pada perlumbaan di Aragon tahun lalu serta tiga pusingan di GP Portugal, Sepanyol serta Catalunya.

Pelumba negara itu yang beraksi pada musim penuh Kejuaraan JuniorGP 2022 ketika ini menduduki tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 97 mata bersama pasukan SIC Racing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI