fbpx
Tomkinson dan Evie pada hari perkahwinan mereka. - Rich Foetu Tomkinson / SWNS

Suami temui isteri ketika jodohnya masih bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sepasang suami isteri dengan jarak usia 19 tahun di Britain berkongsi detik pertemuan mereka ketika wanita itu masih bayi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rich Foetu Tomkinson, 48, menyedari dia dibesarkan di kawasan yang sama dengan pasangannya, Evie yang berusia 29 tahun.

Selepas bercakap dengan ibu Evie, Sarah Owen, 53, dia menyedari mereka pernah bekerja di kawasan yang sama dalam tahun 90-an.

Malah, Tomkinson beberapa kali pernah melihat jodohnya itu ditolak dalam kereta sorong bayi.

Walaupun pendedahan itu mengejutkan pasangan berkenaan, mereka telah melihat sisi lucunya.

Tomkinson dan Evie, dari Stafford, berkahwin pada Julai lalu dan bakal menyambut kelahiran cahaya mata pada bulan Januari tahun depan.

“Ia agak aneh apabila saya menyedari pernah bertemu Evie sebagai bayi tetapi tidak menyedarinya ketika itu.

“Kami hanya ketawa mengenainya. Usia hanyalah angka bagi kami dan anda tidak boleh menolak  dengan siapa anda akan jatuh cinta,” kata Tomkinson.

Mereka menjangkakan kelahiran cahaya mata sulung pada awal tahun depan dan merancang untuk mengembara ke seluruh negara dengan menaiki van. – Agensi

POPULAR