fbpx

Seorang maut, 17 cedera kereta rempuh orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDU itu merempuh sekumpulan penduduk di Berwick yang berkumpul pada acara pengumpulan dana untuk keluarga yang terjejas akibat kebakaran. - WNEP

HARRISBURG, PENNSYLVANIA – Seorang lelaki di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana memandu kereta dan merempuh sekumpulan penduduk di Daerah Columbia Sabtu lalu sehingga menyebabkan seorang maut, manakala 17 yang lain cedera, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Suspek kemudian membunuh seorang wanita di sebuah daerah yang berjiran dengan Columbia lewat hari sama. 

Kereta itu merempuh sekumpulan penduduk yang berkumpul dalam acara masyarakat untuk mengumpul dana mangsa kebakaran di Berwick, Daerah Columbia, demikian kenyataan Polis Negeri Pennsylvania.

Polis Berwick tiba di lokasi kejadian dan menemui sejumlah mangsa termasuk seorang yang telah meninggal dunia, kata kenyataan polis.

Tidak lama selepas itu, Polis Negeri Pennsylvania menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang secara fizikal menyerang seorang wanita di Nescopeck, Daerah Luzerne.

Polis mendapati wanita itu mati di lokasi kejadian, manakala suspek telah ditahan.

Pihak berkuasa mendakwa bahawa suspek yang ditemui bersama wanita itu juga merupakan suspek sama dalam nahas di Berwick.

Mangsa, Rosa Reyes, 56, dilanggar oleh sebuah kenderaan dan diserang menggunakan tukul, demikian menurut laporan koroner Daerah Luzerne semalam.

Ramai yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan.

Suspek pula telah dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan membunuh dan jenayah lain, kata kenyataan sama. Dia tidak dibenarkan ikat jamin dan ditahan di penjara tempatan.

Motif kedua-dua insiden masih tidak jelas, kata polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI