fbpx

Rita Ora, Taika Waititi didakwa kahwin diam-diam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA Ora didakwa sudah pun berkahwin dengan Taika Waititi baru-baru ini.

PENYANYI Rita Ora dikhabarkan telah melangsungkan majlis perkahwinan secara rahsia bersama kekasihnya iaitu pelakon dan juga pengarah berasal New Zealand, Taika Waititi baru-baru ini.

Majlis perkahwinan pasangan itu didakwa diadakan di London, England dengan dihadiri kaum keluarga dan teman rapat mereka.

Menurut sumber penyanyi yang popular menerusi lagu Poison itu, majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sederhana atas permintaan Rita Ora yang mahukan sebuah majlis ringkas dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

“Majlis perkahwinan mereka sangat istimewa. Meskipun diraikan secara sederhana, namun tetap meriah,” kata sumber.

Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua mereka masih bertindak mengunci mulut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI