fbpx
Zamri (tiga dari kanan) dan Haslina (dua dari kanan) menunjukkan hadiah yang diserahkan kepada pemenang bertuah yang memenangi Peraduan Jawab dan Menang.

NAFAS umum pemenang hadiah utama bar emas 50g

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerima kira-kira 20,000 penyertaan menerusi peraduan jawab dan menang yang menawarkan hadiah utama bar emas seberat 50gram.

Pemangku Pengurus Besar NAFAS, Saripol Baharin Karim berkata, hadiah tersebut adalah simbolik Jubli Emas NAFAS yang ke-50 yang ditawarkan di gerai pameran NAFAS sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Beliau berkata, selain hadiah bar emas tersebut, pihaknya turut menawarkan pelbagai hadiah lain termasuk te­lefon bimbit, basikal lipat, tablet, seterika stim, televisyen dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membantu menjual ayam di gerai pameran NAFAS bersempena MAHA di MAEPS, Serdang baru-baru ini.

“Pada hari ini (semalam) kita telah menjalankan sesi cabutan bertuah bagi peraduan jawab dan menang di gerai pameran NAFAS di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Sesi cabutan bertuah itu turut kita siar secara langsung di Facebook dan pemenang untuk hadiah utama dan hadiah-hadiah lain turut kita umumkan hari ini (semalam),”katanya ketika ditemui pada sesi cabutan bertuah itu semalam.

Turut hadir pada majlis cabutan bertuah peraduan jawab dan menang adalah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid, Pengerusi

Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaakob, serta beberapa ahli jemaah pengarah NAFAS.

Haslina sedang membuat membuat cabutan borang penyertaan peraduan yang diisi dalam kotak khas.

Pada majlis itu, Mohd. Aziz Mohd. Rawi, 38, dari Batu Caves, Selangor telah dinobatkan sebagai hadiah utama bar emas seberat 50gram.

Tambah Saripol Baharin, NAFAS sangat berterima kasih kepada semua pengunjung yang telah menyertai pertandingan itu.

“Saya tidak menyangka kita menerima lebih 20,000 penyertaan pada peraduan jawab dan menang ini,” ujarnya.

Kotak penyertaan Peraduan Jawab dan Menang mendapat perhatian pengunjung di MAHA 2022.

Tambah beliau, selain peraduan tersebut, NAFAS turut menjalankan pelbagai sesi jualan dan lelongan kepada semua pengunjung MAHA.

Katanya, bagi sesi lelongan ayam sejuk beku pihaknya berjaya menjual lebih 2,000 ekor ayam sejuk beku dalam pek sekilogram sepanjang MAHA berlangsung.

“Selain ayam pek, NAFAS menawarkan pelbagai produk ayam seperti ayam potong sekilogram, ayam potong 14, paha ayam tanpa tulang, filet ayam dan ayam super yang dijual pada harga istimewa,” katanya.

POPULAR