fbpx

MAG muktamad perolehan 20 pesawat A330neo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (tengah) menerima cenderamata daripada Pengerusi kumpulan MAG, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin (empat kanan) pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi tempahan pesawat A330neo di Doubletree by Hilton Putrajaya Lakeside di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd. memperkukuhkan operasinya menerusi perolehan 20 pesawat penumpang baharu jenis A330neo bagi menggantikan pesawat sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif MAG, Kapten Izham Ismail, berkata perolehan pesawat A330neo itu dimuktamadkan bagi menggantikan secara berperingkat 21 buah A330ceo yang digunakan ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan dua buah pesawat baru serba moden itu akan diterima selewat-lewatnya suku kedua tahun 2024 manakala, bakinya diterima secara berperingkat menjelang 2028.

“Menerusi perjanjian awal, syarikat tidak mengeluarkan sebarang kos untuk perolehan kesemua pesawat ini kerana 10 pesawat akan dipajak, manakala 10 lagi akan dibeli dan dipajak semula kepada Avolon, syarikat pemajakan pesawat antarabangsa.

“Pesawat A330neo menjadi pilihan kerana ia mampu meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan pembakaran bahan api selain mengekalkan keselamatan serta keselesaan penumpang sebagai terasnya,” katanya selepas majlis mendatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MAG serta A dan Avalon di sini, hari ini.

Katanya, perolehan pesawat baharu itu akan memacu MAG bagi menjayakan Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 sekali gus meletakkan kumpulan itu selaku peneraju kumpulan perkhidmatan penerbangan di rantau ini.

Izham berkata, pesawat baharu itu akan digunakan bagi memperkukuhkan operasi penerbangan di Asia, Pasifik dan Asia Barat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI