fbpx

Lesen baharu untuk penghantar p-hailing belum ditetapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) belum menetapkan lesen vokasional baharu bagi penghantar makanan dan barangan perkhidmatan p-hailing.

Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong berkata, beberapa sesi libat urus kini sedang diadakan antara pihak MOT dengan pemegang taruh.

“Keputusan belum ditetapkan dan pihak berkaitan boleh merujuk kepada laporan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr. Lim Pay Hen (BN-MCA) mengenai mekanisme pendaftaran lesen vokasional baharu yang dipersetujui supaya penghantar makanan p-hailing tidak terbeban di Dewan Negara hari ini.

Mengulas lanjut berkenaan apa yang dinyatakan oleh MOT terhadap p-hailing sebelum ini, beliau menjelaskan semua ‘rider’ atau penunggang p-hailing perlu mempunyai lesen yang dikenali sebagai public service vehicle (PSV) dan insuran bagi tujuan keselamatan.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dominic Lau Hoe Chai (PN) mengenai isu monopoli didalam sektor terbabit, Henry berkata, pihak MOT akan membuat penelitian dan bekerjasama bersama agensi berkaitan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI