fbpx

3,045 kes Covid-19, tiada kematian dilapor semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam menunjukkan penurunan kepada 3,045 kes dengan lima kes import berbanding 4,334 kes kelmarin sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,697,547 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 1,186 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 43,431 kes.

Sejumlah 4,226 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,656,031 orang.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,061 kes diikuti Kuala Lumpur (619), Sabah (259), Perak (221), Negeri Sembilan (195), Pulau Pinang (119), Melaka (108), Johor (98), Kedah (85) dan Putrajaya (63).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Pahang dan Sarawak (masing-masing 54), Terengganu (49), Kelantan (46), Perlis (12) dan Labuan (dua),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak enam kematian dilaporkan dan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,085 dan BID kekal 7,669.

Sebanyak 41,759 kes dikuarantin di rumah, 33 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,567 kes di hospital, 26 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 46 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI