fbpx

2 maut pesawat ringan terhempas tepi restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dan wanita dilaporkan maut dalam nahas tersebut. - Cassidy Waigand/ USA TODAY NET

SPRINGFIELD, ILLINOIS – Dua maut apabila sebuah pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di tepi sebuah restoran yang dipenuhi pelanggan di tengah negeri Illinois, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post kelmarin. 

Pesawat enjin tunggal itu dilaporkan terhempas pada pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) di Laluan 116 dekat Hanna City, kira-kira 289.7 kilometer di selatan Chicago.

Pegawai daerah Peoria berkata, seorang lelaki dan wanita yang menaiki pesawat itu maut dalam nahas tersebut, manakala bedah siasat akan dijalankan pada hari ini, demikian menurut akhbar The Peoria Star Journal.

Pesawat itu melanggar beberapa bangunan sebelum terhempas di atas jalan raya bersebelahan dengan sebuah restoran yang dipenuhi orang ramai pada waktu makan tengah hari.

Tiada mangsa lain yang dilaporkan cedera.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan memaklumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat nahas pesawat Mooney M20K itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI