fbpx
Sebuah kapal layar mewah tiba di muara sungai Kuala Perlis kira-kira 12 tengah hari semalam.

Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PERLIS – Kehadiran sebuah kapal layar mewah dengan reka bentuk futuristik menyebabkan komuniti setempat terpegun dengan kehadirannya.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan, kapal layar berkenaan tiba di muara sungai Kuala Perlis kira-kira 12 tengah hari semalam.

“Kehadiran kapal layar berkenaan membuatkan orang ramai terutamanya komuniti nelayan yang berada di sekitar kawasan tersebut teruja dengan kehadirannya.

“Kapal layar itu dipercayai menuju ke sebuah dermaga kapal yang terletak kira-kira satu kilometer dari muara sungai berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambahnya, kapal berkenaan tidak menghalang laluan nelayan lain namun rata-rata teruja dengan kehadirannya dan ada yang kali pertama melihatnya dari dekat.

Difahamkan, kapal layar mewah bernilai RM200 juta itu kali pertama menyusuri muara sungai di Kuala Perlis dan kelihatan terlalu ‘asing’ berbanding kapal nelayan yang berlabuh di tebing sungai.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Laut Wilayah Utara, Mohd. Hafiz Abdul Majid memberitahu, kapal berkenaan menuju ke dermaga Perlis Marine Engineering (PME).

“Kapal tersebut didaftarkan di Hong Kong milik syarikat Dark Star Limited menuju ke PME bagi tujuan penyelenggaraan atau pembaikan.

“Difahamkan, kapal berkenaan dijadualkan untuk ‘docking’ (berlabuh) pada hari Isnin atau Selasa,” ujarnya.

POPULAR