fbpx

Tahap pencemaran rendah juga berbahaya untuk kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarah halus bawaan udara, atau aerosol dipercayai menyebabkan kematian beberapa juta orang setiap tahun. - bioplastic news

OTTAWA – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa tahap pencemaran yang rendah boleh menjadi sangat berbahaya dan menyebabkan kerosakan kesihatan yang teruk dalam jangka masa panjang, lapor laman berita Wion News semalam.

Penyelidikan yang dijalankan di Kanada mendapati kira-kira 8,000 orang di negara itu mati pada setiap tahun kerana pencemaran udara. 

Angka itu mengejutkan kerana Kanada secara amnya menyumbang tahap pencemaran udara yang sangat rendah sejak beberapa dekad lalu.

Kajian itu menganalisis lebih 7 juta warga Kanada antara tahun 1981 hingga 2016 bersama-sama dengan data pencemaran udara dalam tempoh sama.

Matlamat kajian adalah untuk mengetahui sama ada tahap pencemaran udara yang rendah menyebabkan kerosakan kesihatan yang lebih sedikit tetapi angka kematian menunjukkan realiti berbeza.

“Penemuan ini mencadangkan manfaat kesihatan boleh diperoleh daripada pengurangan berterusan dalam pencemaran udara dan piawaian pengawalseliaan yang lebih ketat di negara termasuk Kanada dan Britain.

“Memandangkan kita tidak mengenal pasti tahap pencemaran udara yang selamat, kita harus memikirkan semula pendekatan untuk menumpukan pengurangan berterusan tahun demi tahun, bukan hanya menetapkan tahap piawaian kepekatan pencemaran yang hanya disemak setiap lima hingga 10 tahun,” kata Prof. Michael Brauer dari Universiti British Columbia kepada akhbar The Guardian.

Institut Kesan Kesihatan AS, yang membiayai kajian itu, juga menugaskan dua penyelidik lain meneliti pencemaran udara di Eropah. 

Kedua-dua kajian itu juga membuat kesimpulan bahawa tiada jumlah pencemaran udara yang dibenarkan yang tidak berbahaya terhadap kesihatan individu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI