fbpx
SWIATEK terjatuh ketika beraksi menentang Maia pada Toronto Masters semalam. – AFP

Iga Swiatek tersungkur di tangan Haddad Maia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO – Impian bintang tenis No.1 dunia, Iga Swiatek untuk mara ke peringkat suku akhir Toronto Masters berkecai apabila tewas mengejut kepada pemain Brazil, Beatriz Haddad Maia semalam.

Haddad Maia yang menduduki ranking No.24 dunia tampil dengan perlawanan agresif selepas menumpaskan Swiatek 6-4, 3-6, 7-5, sekali gus mencatat kemenangan pertama dalam karier ke atas pemain No.1 dunia.

Ini adalah kali ketiga pemain Brazil itu berjaya menewaskan pemain dalam kelompok 10 terbaik musim ini. Sebelum ini, Haddad Maia meraih kemenangan pada Terbuka Nottingham dan Birmingham Jun lalu.

“Saya tahu bahawa semua perlawanan di sini akan menjadi sangat sukar terutama pusingan pertama. Saya melepasi pusingan pertama selepas memerlukan tiga set perlawanan.

“Tiada yang mudah meskipun anda berdepan dengan pemain kelompok 20 pemain terbaik. Tenis adalah seperti itu. Tidak kira di mana anda bermain, ­gelanggang mana dan dengan siapa. Anda perlu bermain dengan cukup baik.

“Apa pun saya sangat bangga dengan diri saya sendiri kerana mara ke suku akhir,” kata Haddad Maia.

Pemain pilihan kesepuluh, Coco Gauff turut mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan pilihan keenam Aryna Sabalenka 7-5 4-6 7-6(4), manakala pemain Amerika Syarikat, Jessica Pegula pula mengalahkan penyandang juara, Camila Giorgi. – AGENSI

POPULAR