fbpx

Skandal LCS mainan politik burukkan UMNO – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

LENGGONG – Dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO terlibat dengan skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disifatkan sebagai mainan politik untuk memburukan parti berkenaan.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenyataan yang dikeluarkan beberapa individu berwibawa sebelum ini, menunjukkan bahawa UMNO tidak terbabit dengan isu berkenaan.

Menurut Saarani, tindakan segelintir pihak menimbulkan isu itu dilihat bertujuan untuk menjadikannya sebagai peluru sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh terdekat.

“Ini merupakan isu kerajaan Persekutuan dan saya tengok telah ada kenyataan yang dikeluarkan oleh orang ramai, orang yang berwibawa, jadi eloklah kita semua mengguna pakai kenyataan-kenyataan rasmi daripada mereka yang berwibawa ini.

“Saya tengok kenyataan yang dibuat oleh orang berwibawa menunjukkan tiada masalah dan tidak ada kena mengena dengan kita (UMNO), maka kalau itu berlaku perlulah berlaku adil kepada UMNO,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Program Hari Bertemu Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Tampan di Dataran Tasik Raban di sini hari ini.

Saarani turut meminta orang ramai agar tidak menghukum UMNO secara melulu berkenaan isu terbabit sebaliknya menghukum individu mahupun pihak yang didapati bersalah dalam isu LCS itu. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI