fbpx

Pembakaran terbuka punca udara tidak sihat di Sri Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan aktiviti pembakaran secara terbuka telah menyebabkan Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan sebagai tidak sihat di Sri Aman, Sarawak hari ini.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, pemantauan di stesen Sri Aman menunjukkan bacaan tidak sihat pagi tadi susulan aktiviti pembakaran terbuka yang dikeaan di kawasan pertanian berhampiran dengan stesen tersebut.

Selain itu katanya, IPU yang direkodkan di laman web JAS pada hari ini pukul 9 pagi melalui Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS) di laman http://apims.doe.gov.my/public_v2/home.html menunjukkan 12 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik.

“Malah 55 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana dan hanya satu kawasan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu di Sri Aman, Sarawak.

“Laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam mendapati bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20 terdapat sebanyak enam titik panas dikesan dalam negara iaitu dua di Pahang, satu di Perak dan tiga di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Abdul Latiff berkata, semua titik panas yang dikesan akan disiasat dibawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI