fbpx

Malaysia kekal komited pergiat usaha konservasi gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia tahun ini, telah dikategorikan dalam Kategori B melibatkan perdagangan berkaitan gading gajah berdasarkan laporan Elephant Trade Information System (ETIS) tahun 2022.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kategori itu menjadikan Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berbanding tahun 2019 di mana Malaysia berada di Kategori A iaitu kategori perdagangan haram gasing gajah yang amat membimbangkan.

Katanya, malah di peringkat antarabangsa, Malaysia serius dalam melaksanakan tindakan di bawah National Ivory Action Plan (NIAP) sebagai komitmen untuk membanteras rangkaian perdagangan haram gading gajah.

“Kementerian melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memandang serius keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup gajah serta komited dalam mempergiatkan usaha konservasi gajah dan habitatnya.

“Antara tindakan diambil termasuklah mengukuhkan keberkesanan perundangan dengan meminda Akta 716 dan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar,” katanya dalam kenyataan bersempena Hari Gajah Sedunia yang disambut setiap 12 Ogos, hari ini.

Takiyuddin berkata, populasi gajah di Semenanjung Malaysia dianggarkan sebanyak 1,220 hingga 1,680 ekor dengan taburan populasi di tujuh buah negeri iaitu Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI