fbpx

Pengumpul koleksi bola sepak dunia di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WONG Jin Zhen menunjukkan koleksi barangan bola sepak bertaraf dunia yang dimiliki oleh seorang pengumpul peribadi di Seremban.

SEREMBAN – Siapa sangka seorang pengumpul koleksi barangan bola sepak bertaraf dunia yang unik dan luar biasa bernilai lebih RM150 juta berada di Malaysia.

Pemilik Syarikat Studio Hollywood Treasures, Wong Jin Zhen, 32, berkata, antara koleksi yang paling unik miliknya adalah sebuah acuan Trofi Piala Dunia Jules Rimet yang sukar diperoleh.

“Trofi Jules Rimet digunakan pada edisi 1930 hingga 1970, di seluruh dunia hanya ada tiga acuan asli trofi tersebut dan salah satunya pengumpul di Malaysia ini.

“Difahamkan trofi yang sebenar telah hilang ketika diserahkan kepada pasukan Brazil pada tahun 1970 dan disebabkan itu penganjur membuat replika trofi dengan menggunakan acuan itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Jin Zhen, Trofi Jules Rimet itu dibeli daripada seorang individu daripada Eropah enam tahun lalu, malah sebelum ini, seorang pengumpul koleksi daripada Arab Saudi pernah menawarkan untuk membeli acuan trofi itu tiga kali ganda daripada harga asal, namun pemiliknya tidak mahu menjual koleksi unik itu.

Jin Zhen memberitahu, selain itu antara koleksi yang luar biasa adalah jersi Ballon d’Or edisi terhad yang ditandatangani pemain bola sepak terkenal dunia iaitu Manuel Neuer, Christiano Ronaldo dan Leonel Messi.

“Jersi edisi ini hanya 20 helai dikeluarkan di seluruh dunia, saya difahamkan hanya terdapat satu di Asia di bawag jagaan pengumpul peribadi di Malaysia ini,” katanya.

Tambah Jin Zhen, terdapat juga koleksi barangan pemilik itu diperoleh secara peribadi daripada pemain bola sepak antarabangsa antaranya dari pasukan England, Manchester United dan Liverpool.

“Antara barangan berkenaan adalah sepasang kasut bola milik pemain Brazil, Ricardo Izecson dos Santos Leite atau lebih dikenali sebagai Kaká, Medal Juara Piala Dunia 1966 yang dimenangi pasukan England dan beberapa barangan lain.

“Barangan lain yang saya anggap unik dan sukar diperolehi adalah kasut bola yang ditandatangani pemain England, Sir George Hurst, jersi pasukan Brazil yang ditandatangan Neymar Jr dan Pele serta jersi Argentina yang ditandatangan Messi serta Maradona,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Ji Zhen memberitahu, tiga koleksi utama itu iaitu jersi Brazil ditandandangi oleh Pele, plak peringatan Pele dan acuan Trofi Jules Rimet dipamerkan di sebuah pusat membeli belah di Phuket, Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI