fbpx

EPL: Goncalo Guedes ketuai jentera serangan Wolverhampton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUEDES

LONDON – Wolverhampton Wanderers mengesahkan bahawa mereka sudah berjaya mendapatkan khidmat penyerang Valencia, Goncalo Guedes de­ngan nilai £27.5 juta (RM147.97 juta) yang menandatangani kontrak lima tahun.

Pemain berusia 25 tahun ber­kenaan yang merupakan produk dari Akademi Benfica diumumkan sebagai pemain baharu kelab berkenaan beberapa minit selepas mereka mengesahkan bahawa kapten mereka, Conor Coady menyertai Everton secara pinjaman.

“Kami sudah memantau Goncalo sejak sekian lama dan sangat teruja untuk menerima keha­dirannya bersama pasukan ini.

“Dia memiliki bakat semula jadi dan sudah beraksi dengan beberapa pasukan di Eropah dan negaranya, Portugal. Jadi, kami fikir dia sangat sesuai untuk pa­sukan ini.

“Kami sentiasa melihat ruang untuk menambah baik pasukan ini dengan pemain-pemain berkualiti tinggi, namun kami perlu bersabar sebelum berpeluang untuk mendapatkan khidmat mereka.

“Goncalo pernah bekerja bersama pengurus, Bruno Lage sebelum ini di Benfica dan dia juga mempunyai pengalaman bermain dengan ramai pemain kami sebelum ini. Jadi, saya percaya dia akan cepat menyesuaikan diri di sini dan bersama rakan sepasukannya yang lain,” kata pengerusi kelab itu, Jeff Shi.

Guedes yang berjaya meledak 13 gol pada aksi La Liga musim lalu dan telah mengumpul 36 gol bersama Valencia dalam 176 penampilan dijangka membuat debut bersama Wolves pada aksi menentang Fulham hujung ming­gu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI