fbpx
BIBIR yang seksi dan sihat dambaan setiap wanita.

Bibir sihat senyuman lebih menawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP individu secara normalnya dilahirkan mempunyai bibir. Sukar untuk membayangkan kehidupan tanpanya, kerana ia membantu manusia untuk makan dan bercakap.

Bibir hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz berbeza bagi setiap individu.

Ada besar, kecil, sangat tipis serta sangat mungil. Bentuk normal bibir adalah sangat bervariasi mengikut usia dan etnik.

Sebenarnya, bibir merupakan satu bahagian badan yang agak kompleks.

Permukaannya terdiri daripada empat zon iaitu kulit berbulu, sempadan vermilion, vermilion serta mukosa lisan.

Bagi kaum Hawa, bibir adalah salah satu bahagian paling penting pada wajah.

Bibir yang seksi dan berwarna kemerah-merahan menjadi dambaan ramai wanita di luar sana.

Malah, ramai yang rasa kurang yakin untuk tampil di khalayak apabila bibir mereka kelihatan kering dan kusam.

Hakikatnya, jangan sesekali berasa tertekan apabila bibir yang diingini tidak sama seperti selebriti pujaan.

Sebaiknya, anda boleh menyasarkan untuk mempunyai bibir sihat, kekal lembap dan licin dengan penjagaan yang betul.

Minggu ini, Kosmo! ingin berkongsi tip penjagaan bibir seperti dicadangkan oleh pakar kecantikan, Dr. Suffia Hany Mohd. Amin.


BAHAN pelembab baik bagi melindungi bibir dari sinaran matahari yang dapat membantu melambatkan penuaan kulit di bahagian tersebut.

1. Minum air secukupnya

Kelembapan bibir amat penting seperti menjaga hidrasi badan, terutamanya apabila terdedah pada cuaca sejuk, kering atau pancaran matahari terlalu lama.

Justeru, anda disarankan untuk meminum air secukupnya bagi membantu mengurangkan masalah kulit bibir kering.

2. Pelembab bibir

Gunakan pelembab bibir yang mengandungi bahan seperti vaseline, cocoa butter, coconut oil, aloe vera dan vitamin E.

Bahan pelembab ini baik bagi melindungi bibir dari sinaran matahari.

Pastikan pelembab bibir mempunyai sekurang-kurangnya SPF15 untuk membantu melambatkan proses penuaan kulit bibir.


MASALAH kulit bibir kering dapat dielak dengan meminum banyak air.

3. Rutin penjagaan malam

Sebelum tidur, digalakkan untuk guna pelembab bibir.

Setelah bangun tidur, gosokkan kapas atau kain lembab pada kawasan bibir kering untuk menanggalkan sel kulit mati.

Ia membantu meningkatkan pengaliran darah di kawasan bibir, sekali gus membolehkannya kelihatan lebih sihat.

4. Guna scrub bibir

Alat scrub bibir dapat membantu mencerah dan menanggalkan kulit mati pada bibir.

Gunakannya setiap tiga kali dalam seminggu dan lakukan dengan perlahan-lahan agar tidak melukakan, terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah bibir kering melampau.

Anda boleh membuat scrub bibir sendiri menggunakan bahan seperti gula, minyak badam dan sedikit madu.

5. Elak bibir terdedah toksin

Terlalu lama terdedah pada kawasan yang mengalami pencemaran air, asap dan bahan kimia menyebabkan bibir kelihatan kusam, gelap dan bergaris.

Amalan merokok atau menghisap vape juga mempercepatkan kesan tersebut dan menyebabkan warna bibir menjadi agak gelap.

MENGHISAP rokok atau vape menyebabkan bibir kelihatan kusam, gelap dan bergaris serta tidak kelihatan menarik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN