fbpx

Ukraine hentikan bekalan minyak Russia ke Kesatuan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR diambil pada 5 Mei lalu menunjukkan stesen saluran paip petroleum Druzhba antara Hungary dan Russia yang terletak berhampiran bandar Szazhalombatta. - AFP

KIEV – Pengendali saluran paip minyak milik kerajaan Ukraine, Ukrtransnafta berhenti mengepam minyak mentah Russia melalui cawangan selatan sistem Druzhba ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU), lapor laman berita RT semalam.

Agensi berita RIA Novosti sebagai memetik syarikat saluran paip Russia, Transneft melaporkan, transit bekalan telah dihentikan ke Hungary, Republik Czech dan Slovakia. 

Jurucakap Presiden Transneft, Igor Demin memberitahu agensi itu bahawa transit melalui Belarus ke arah Poland dan Jerman bagaimanapun tetap diteruskan.

Demin menjelaskan bahawa Russia tidak dapat membuat pembayaran untuk transit akibat sekatan EU, dengan Ukrtransnafta mendesak 100 peratus bayaran awal untuk perkhidmatan pengangkutan minyaknya.

“Apabila membuat pembayaran untuk transit melalui wilayah Ukraine, wang telah dikembalikan ke akaun Transneft.

“Gazprombank yang menguruskan transaksi itu memberitahu kami bahawa pembayaran telah dikembalikan mengikut arahan EU melalui pakej sekatan ketujuhnya,” katanya.

Transneft menegaskan bahawa pihaknya sedang mengusahakan pilihan pembayaran alternatif untuk perkhidmatan transit minyak melalui Ukraine dan menghantar rayuan kepada Gazprombank.

Druzhba yang merupakan salah satu rangkaian saluran paip terpanjang di dunia menyalurkan minyak mentah sejauh kira-kira 4,000 kilometer (km) dari bahagian timur Russia ke kilang penapisan di Republik Czech, Jerman, Hungary, Poland dan Slovakia. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI