fbpx
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin ketika melawat MAHA di MAEPS Serdang.

Sultan Selangor titah pelan komprehensif sekuriti bekalan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kerajaan negeri menyediakan pelan jangka panjang lebih komprehensif meliputi aspek sekuriti bekalan makanan untuk rakyat.

Menerusi kenyataan Facebook (FB) Selangor Royal Office, baginda mahu keutamaan kepada keseimbangan pengeluaran produk makanan industri, hasil tani dan produk oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

“Baginda tidak mahu berlaku gangguan sumber bekalan makanan untuk rakyat di Selangor sedangkan negeri ini antara pengeluar signifikan pelbagai produk pertanian dan hasil ternakan.

“Titah baginda, produk makanan yang dihasilkan harus berkualiti tinggi dan dipasarkan pada harga berpatutan demi kelangsungan hidup rakyat,” katanya hari ini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan berangkat ke Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR