fbpx
SARAH hanya mampu melakukan lompatan di ketinggian 3.90m untuk pingat gangsa pada Sukan Perpaduan Islam di Konya, Turkiye kelmarin.

Sarah Adi raih gangsa lompat galah di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLET lompat bergalah wanita kebangsaan, Nor Sarah Adi terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa selepas bergelut dengan keadaan cuaca ketika menyertai Sukan Perpaduan Islam di Konya, Turkiye kelmarin.

Nor Sarah yang meraih emas pada Sukan SEA Vietnam 2021 dengan lompatan terbaik peribadi pada ketinggian 4.00 meter (m), hanya mampu me­lakukan 3.90m di Konya.

Pingat emas menjadi milik dua atlet tuan rumah, Buse Arıkazan dan Demet Parlak selepas masing-masing melakukan lompatan 4.00m, sekali gus berkongsi kejuaraan.

“Alhamdulillah, saya tidak jangka meraih pingat di sini. Banyak benda saya belajar terutama adaptasi dengan cuaca dan waktu negara lain.

“Angin sangat kuat tadi terutama arah depan. Atlet Turki juga tidak boleh teruskan lakukan lompatan kerana angin terlalu kuat dari arah depan.

“Susah saya dapatkan larian terbaik sebab terpaksa melawan angin. Tetapi secara keseluruhan alhamdulillah, saya kekal tenang dan cuba terima arahan jurulatih, Manshahar Abdul Jalil dengan baik. Saya masih dapat urus lompatan dengan cukup baik.

“Selepas ini, kalau ada peluang untuk sertai kejohanan luar dengan cuaca macam ini, saya sudah boleh menyesuaikan diri,” katanya kepada Kosmo! semalam.

POPULAR