fbpx

Remaja didakwa rogol, rompak wanita di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang remaja berdepan hukuman penjara 70 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan rompakan di sebuah hotel, awal bulan ini.

Tertuduh, K. P. Suren, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol seorang wanita Melayu berusia 34 tahun tanpa kerelaannya dan pada masa atau segera sebelum menyebabkan kecederaan kepadanya.

Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan didakwa mengikut 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

Tertuduh juga didakwa telah melakukan rompakan wang tunai berjumlah RM100 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa dan semasa kejadian tertuduh dengan sengaja mencederakan wanita terbabit.

Bagi kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Kesemua perbuatan itu dilakukan antara pukul 1.11 pagi sehingga 1.20 pagi di sebuah hotel di Taman Paya Rumput Utama dalam daerah Melaka Tengah pada 3 Ogos lalu.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI