fbpx

Kanak-kanak warga Myanmar dicampak di MRR2 stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK panah menunjukkan lokasi tiga kanak-kanak dicampak oleh bapa mereka di jejambat di MRR2 dekat Kepong.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak warga Myanmar yang kritikal dicampak bapanya dari ketinggian 20 meter di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kepong pada 1 Ogos lalu menunjukkan keajaiban apabila dilaporkan dalam keadaan stabil.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan patah kaki, tangan, tulang rusuk serta pendarahan dalaman sehingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa sebelum ini dirawat di ICU dan telah dipindahkan ke wad biasa semalam.

“Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu kini dalam penjagaan pihak hospital sementara ibunya sedang bekerja.

“Kita akan menemubual mangsa bagi merakam keterangannya dalam masa terdekat, proses itu tidak akan dilaksanakan hari ini bagi memberi ruang kepada mangsa untuk berehat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelasnya, setelah kertas siasatan dilengkapkan, ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan.

Tambahnya, langkah selanjutnya bagi kanak-kanak itu belum diputuskan susulan mangsa masih berada di bawah penjagaan ibunya.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang lelaki warga Myammar bertindak kejam dengan mencampak tiga anaknya dari jejambat menyebabkan dua daripadanya terbunuh.

Lelaki berusia 38 tahun itu juga turut terjun ke lebuh raya berkenaan menyebabkan dia maut di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI