fbpx

Harga RON95 kekal, RON97 turun 10 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Harga runcit bagi RON97 turun sebanyak 10 sen daripada RM4.50 kepada RM4.40 seliter manakala RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling iaitu RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism itu, harga runcit produk petroleum telah ditetapkan bagi tempoh 11 Ogos 2022 hingga 17 Ogos 2022,” katanya dalam satu kenyataan di tadi.

Kata kenyataan itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak
mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI