fbpx

Bot nelayan karam, lima dikhuatiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bot nelayan yang karam di perairan Pulau Redang, Kuala Nerus pada kelmarin.

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA TERENGGANU – Seramai lima nelayan dikhuatiri hilang di tengah laut selepas bot dinaiki mereka karam berhampiran perairan Pulau Redang, Kuala Nerus kelmarin.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Saufi Mohd. Ramli berkata, bot nelayan yang membawa enam nelayan termasuk seorang tekong itu dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari perairan Pulau Redang pada pukul 10 malam.

“Sebelum itu, bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran, TFA 124 itu keluar untuk menangkap ikan dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan.

“Hanya seorang kru bot terbabit iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, dilaporkan selamat buat masa ini,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Suffian berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan Maritim Malaysia (APMM) setelah menerima maklumat berhubung insiden menimpa bot nelayan berkenaan.

Tambah beliau, maklumat berhubung insiden itu disalurkan menerusi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) di Kuantan, Pahang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI