fbpx

900,000 peminat berebut tiket konsert Aespa di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN AESPA

BUAT pertama kali, kumpulan Aespa bertandang ke Jepun bagi menjayakan persembahan selama dua hari, Aespa Japan Premium Showcase 2022-SYNK bertempat di Pia Arena MM, Yokohama.

Dalam persembahan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu, Aespa menghiburkan seramai 40,000 peminat dengan cukup bertenaga.

Mereka menyampaikan deretan lagu hit seperti Black Mamba, Next Level, Savage, Girls, Life’s Too Short, Illusion, Lucid Dream dan Yeppi Yeppi.

“Ini acara pertama kami di Jepun.

“Kami sangat terharu dan bangga kerana dapat mengadakan persembahan pentas sebegini.

“Sehingga pada masa depan, kami tetap ingin berkongsi momen bahagia sebegini dengan kalian. Semoga ada peluang lagi untuk bertemu seperti ini,” kata Aespa kepada peminat.

Pia Arena hanya mampu memuatkan seramai 40,000 orang penonton sedangkan media melaporkan, lebih 900,000 peminat cuba mendapatkan tiket persembahan Aespa pada hujung minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI