fbpx

Projek mega ternakan ayam Felcra, bekal 3.6 juta ayam setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid (depan, dua kiri) mendengar taklimat mengenai projek pembinaan Kompleks Ternakan Ayam Pedaging Felcra Berhad di Kampung Tanjung Seratus di Rompin hari ini.

ROMPIN – Dalam usaha membantu keraja menangani krisis bekalan ayam, Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Felcra Berhad bertindak proaktif melaksanakan projek mega ternakan ayam pedaging bernilai RM60 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid projek ternakan tertutup yang dilaksanakan di Kampung Tanjung Seratus di sini itu disasarkan mampu mengeluarkan kira-kira 3.6 juta ekor ayam setahun.

“Ketika ini keperluan ayam dalam negara adalah berjumlah 2.09 juta ekor sehari atau 62.9 juta ekor ayam sebulan berbanding pengeluaran semasa ayam sebanyak 1.6 juta ekor sehari iaitu kekurangan kira-kira 409,000 ekor ayam.

“Jadi kita mulakan (penternakan ayam) bagi membantu kerajaan menampung bekalan ayam negara yang mana kita mulakan di Rompin sebelum diperluaskan di tempat-tempat lain,”katanya selepas program lawatan dan taklimat kemajuan pembinaan Kompleks Ternakan Ayam Pedaging Felcra Berhad di Kampung Tanjung Seratus di sini hari ini.

Menurutnya projek tersebut adalah sebahagian daripada Pelan Transformasi Felcra 2.0 untuk mempelbagaikan bidang perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada sektor perladangan kelapa sawit semata-mata.

Beliau memberitahu projek ternakan ayam julung kali dilaksanakan Felcra itu akan melibatkan penternakan secara sistem tertutup di tanah seluas 20 hektar di kawasan Kampung Tanjung Seratus.

Katanya, projek berkenaan yang akan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dijangka mula beroperasi pada Disember tahun ini sebelum ayam boleh dijual dalam tempoh 32 hari.

“Pelaksanaan projek mega ternakan ayam ini akan memberikan kesan penjanaan ekonomi setempat melalui aktiviti perkhidmatan dan penyelenggaraan, kerja-kerja lanskap, pembekalan, kontrak pembinaan dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain dengan nilai hampir RM1 juta setahun,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, projek tersebut penting dalam membantu kerajaan menangani krisis bekalan ayam di seluruh negara.

Justeru beliau berharap bekalan ayam daripada projek ini dapat diedar untuk keperluan masyarakat dan berada dalam pasaran di serata tempat.

“Saya memberi ingatan bahawa projek ini bukan bertujuan bagi Felcra untuk mencari untung tetapi sebahagian daripada tanggungjawab sosial, saya tidak mahu ia menjadi produk komersial kerana yang penting dapat dibeli rakyat,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI