fbpx
Asmida di hadapan ke Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini atas dua tuduhan gagal memberikan keterangan munasabah berhubung pemilikan wang di dalam akaun bank miliknya.

Peras video bogel: Padah beri rakan guna akaun, wanita Indonesia didenda RM1,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Padah mempercayai rakan menggunakan akaun perbankan, seorang wanita warganegara Indonesia didenda RM1,600 di Mahkamah Majistret Rembau, di sini, hari ini atas dua tuduhan gagal memberikan keterangan munasabah berhubung pemilikan wang di dalam akaun bank miliknya.

Tertuduh, Sitakar Asmidar, 33, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua Asmidar yang bekerja kilang di Chemor, Perak didakwa tidak dapat memberikan penjelasan memuaskan bagaimana wang milik dua lelaki masing-masing berjumlah RM130 dan RM200 boleh berada di dalam akaun bank miliknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Legong Ulu Kota dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, jam 11 pagi dan 2 petang, pada 6 dan 20 Jun lalu, mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955, yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Yap Tsu Sheng manakala tertuduh diwakili peguam, Farhan Fadzil.

Tsu Sheng dalam hujahannya menyatakan maruah diri dan reputasi mangsa terjejas disebabkan scam seperti ini. Alasan tertuduh juga tidak mengetahui akaun digunakan untuk tujuan perniagaan tidak memuaskan.

Berdasarkan kekerapan kes-kes seperti ini yang berlaku di Malaysia, Tsu Sheng memohon satu denda maksima sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mengikut fakta kes, mangsa mendakwa dihubungi lelaki tidak dikenali menerusi aplikasi Whatsapp dan mengugut untuk menyebarkan gambar dan video bogel mangsa sekiranya tidak memasukkan jumlah wang yang diminta.

Tertuduh mengaku rakannya dari Indonesia meminta pertolongan untuk menggunakan akaun banknya bagi urusan perniagaan tetapi, tidak mengetahui ia akan digunakan untuk melakukan pemerasan gambar bogel.

Kartini turut memerintahkan hukuman penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya dia gagal membayar denda itu. – KOSMO! ONLINE

 

POPULAR