fbpx

Isteri maafkan suami curang dengan wanita seusia ibunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA berkenaan mahu melupakan kejadian itu kerana dia dan anak-anak bergantung hidup dengan pendapatan suaminya. - Freepik

JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang isteri mengenai suaminya yang menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita seusia ibunya sendiri, lapor laman berita Suara.com.

Hantaran itu dimuat naik dalam akaun Instagram @igtainmett.

“Suami saya menjalinkan hubungan dengan wanita yang sudah berkahwin, umurnya 45 tahun manakala suami saya 33 tahun.

“Saya juga tidak tahu kenapa suami curang dengan wanita yang jauh lebih tua daripada saya dan usianya hampir menyamai ibunya,” kata wanita itu.

Perbuatan itu terbongkar apabila dia diserang oleh  suami dan anak kepada teman wanita suaminya. Dia mengetahui hubungan curang mereka bermula di tempat kerja.

Mangsa  mahu melaporkan perkara tersebut kepada pihak atasan tetapi suaminya memohon agar dia tidak berbuat sedemikian kerana mempunyai keluarga yang perlu disara.

Dia juga mengaku tidak boleh berpisah dengan suaminya walaupun pernah dikhianati. Ini kerana dia sudah sekian lama bergantung kepada pendapatan suaminya.

Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Dari sini saya dapat tahu bahawa wanita mesti ada pendapatan sendiri tanpa mengira status mereka,” kata seorang netizen.

“Lebih baik mereka berdua dipecat. Ikutkan nafsu tetapi tidak memikirkan keluarga. Berani buat beranilah menanggung akibatnya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI