fbpx

Gelaran ‘wanita bodoh’ popularkan Alia Bhatt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT

PELAKON Alia Bhatt tidak kisah digelar ‘wanita bodoh’ seperti yang pernah dilemparkan netizen dan segelintit media kepadanya suatu ketika dahulu. Dia beranggapan gelaran tersebutlah yang membuatkan dirinya popular ketika ini.

Ujar pelakon berusia 29 tahun itu, seseorang yang ingin berjaya dalam hidup tidak seharusnya diukur melalui IQ semata-mata kerana kebijaksanaan tidak menjadi kayu ukur kejayaan dalam hidup.

“Saya pernah digelar bodoh dan wanita yang memiliki IQ rendah hanya kerana tersalah memberikan jawapan saat disoal tentang Presiden India.

“Saya tidak kisah dan menyukai gelaran tersebut. Gara-gara digelar bodoh, saya menjadi popular sehingga hari ini. Malah orang ramai berpusu-pusu untuk menonton filem lakonan saya,” katanya bangga.

Pada 2013, Alia diajukan soalan tentang nama Presiden India pada waktu itu ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Koffe With Karan. Dengan yakin, pelakon filem Dear Zindagi itu memberi jawapan Prithviraj Chauhan sedangkan Presiden pada waktu itu adalah Dr. Pranab Mukherjee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI