fbpx

Felcra dan Felda peket dan edar minyak masak paket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir Khalid (dua kiri) meninjau tapak Kompleks Ternakan Ayam Pedaging Felcra Berhad di Kampung Tanjung Seratus di Rompin hari ini.

ROMPIN – Kerajaan akan memecah dominasi pengedaran minyak paket oleh pengilang swasta dengan melantik Felcra dan Felda bagi membungkus serta mengedarkan minyak masak paket di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, inisiatif itu amat wajar dalam usaha mengatasi masalah ketirisan minyak masak paket yang berlaku di negara ini sejak sekian lama.

“Kita cadangkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) bagilah syarikat kerajaan untuk membungkus minyak paket satu kilogram iaitu oleh syarikat milik kerajaan (GLC).

“Nampaknya Perdana Menteri bersetuju bagi proses paket (minyak sawit satu kilogram) insya Allah kepada Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) dan Felcra,” katanya pada program lawatan dan taklimat kemajuan pembinaan Kompleks Ternakan Ayam Pedaging Felcra Berhad di sini hari ini.

Isu minyak paket tidak mencukupi berlaku di seluruh negara meskipun kuota yang diberikan dikatakan adalah mencukupi untuk kegunanan rakyat negara ini.

Malah kewujudan minyak paket yang dijual di negara luar khususnya Thailand membuktikan wujudnya ketirisan minyak masak bersubsidi di negara ini.

Menurut Mahdzir pihaknya berhasrat membantu kerajaan menangani ketirisan minyak paket bersubsidi di negara ini yang turut diseludup ke negara jiran yang perlu diatasi segera.

“Saya Ahli Parlimen Padang Terap, jiran kami Thailand saya tahulah, apa nama orang bawa di sebelah sana malah di Selatan di Kukup ada juga bawa minyak satu kilogram ke sebelah sana,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN