fbpx

EPL: Penyokong bergaduh ketika Manchester United tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG (kanan) mengakui masalah keyakinan menyebabkan para pemiannya gagal beraksi dengan baik sehingga tewas berdepan Brighton kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Selepas meng­alami kekalahan 1-2 kepada Brighton di Old Trafford kelmarin, Manchester United dipalit satu lagi kontroversi apabila para penyokong mereka bergaduh sesama sendiri.

Berdasarkan persembahan pada aksi pramusim, penyokong The Red Devils nyata menaruh harapan tinggi terhadap skuad kendalian Erik Ten Hag untuk mereka bangkit musim ini, namun kekalahan pada aksi pembukaan jelas mengecewakan dan sukar untuk diterima.

Tidak hanya Ten Hag, kekecewaan tersebut sangat dirasai dalam kalangan penyokong mereka menyebabkan berlakunya ketegangan sehingga mencetuskan insiden berkenaan.

Masalah keyakinan pemain menjadi alasan buat Ten Hag hingga menyumbang kepada kekalahan sulungnya di Liga Perdana Inggeris dan ia berjaya dimanfaatkan oleh Brighton.

“Saya fikir kami bermula de­ngan baik, namun selepas itu keyakinan pemain mula menurun, melakukan kesilapan dan pasukan lawan berjaya ambil kesempatan. Saya faham de­ngan apa yang berlaku musim lalu, tetapi sekarang ia tidak boleh lagi berlaku.

“Mereka pemain yang bagus, keyakinan hanya akan hadir dari dalam diri mereka sendiri. Sebelum ini mereka sudah pun buktikan kemampuan yang dimiliki dan kami perlu lakukannya sekali lagi pada masa akan datang.

“Ia boleh berlaku (kurang keyakinan), tetapi saya fikir kami mampu lakukan lebih baik. Perubahan tidak boleh dilakukan sekelip mata, adakala­nya pemain beraksi baik di pramusim dan kini mereka harungi detik terburuk, tetapi paling penting mereka harus belajar,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, pemain tengah dari Jerman, Pascal Gross meledak kedua-dua gol buat Brighton, manakala jaringan saguhati United terhasil menerusi jaringan sendiri oleh Alexis Mac Allister.

Walaupun masih awal, pengurus dari Belanda itu melihat kekalahan ini sebagai tamparan hebat buat pasukan itu yang cuba mencari penamat di kelompok empat pasukan ter­atas musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI