fbpx

Empat didakwa bunuh burung merpati guna racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pekerja pembersihan yang mengaku bersalah membunuh burung merpati menggunakan bahan beracun.

SHAH ALAM – Empat termasuk dua kakitangan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah apartmen didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan membunuh sekumpulan burung merpati menggunakan bahan beracun, bulan lalu.

Dua tertuduh iaitu pekerja pembersihan warga Indonesia iaitu Fathur Rosi Arsijo, 22, dan Abdul Rahman Sauji, 32 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Manakala dua lagi, Nurul Najwa Shafikah Zukri, 22, dan Noor Hazirah Masuan, 32, mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama tanpa kebenaran yang sah atau sebab yang munasabah memberikan bahan yang beracun kepada sekumpulan burung merpati di pekarangan hadapan sebuah kilang gula di Batu 3 Shah Alam, kira-kira pukul 3.53 petang pada 21 Julai lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta yang sama.

Justeru, boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Mohd. Sharif Sabran manakala Peguam Nur Iwani Izzaty mewakili Nurul Najwa dan Noor Hazirah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan 5,000 kepada Nurul Najwa dan Noor Hazirah bersama seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Dua pekerja pembersihan itu diwakili peguam tidak berikan jaminan kerana kini dipenjara atas kesalahan imigresen.

Tarikh jatuh hukum dan sebutan semula kes bagi keempat-empat tertuduh itu ditetapkan pada 12 September hadapan.

Terdahulu, kejadian tersebut tular di media sosial menerusi video berdurasi 15 saat memaparkan ratusan burung merpati mati selepas dikatakan makan dedak ditaburkan pihak tidak bertanggungjawab. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI