fbpx

Daim, keluarga gagal dapat kebenaran cabar siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daim ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Januari lalu. Foto oleh Amir Khalid

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan keluarganya gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi sebulat suara menolak rayuan Daim, isteri dan anak-anaknya untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak memihak kepada mereka.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azizul Azmi Adnan berpuas hati, tindakan atau keputusan badan awam melaksanakan siasatan, tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

Panel itu berpendapat, jika rayuan itu dibenarkan, ia akan mendedahkan siasatan jenayah kepada semakan kehakiman yang tidak berkesudahan.

“Aduan yang dikemukakan oleh Daim boleh dibangkitkan ketika perbicaraan kes atau dengan mengemukakan permohonan untuk membatalkan pertuduhan.

“Jadi tidak boleh dikatakan bahawa sesatunya pilihan yang ada adalah melalui semakan kehakiman kerana keabsahan pertuduhan boleh dicabar dalam perbicaraan kes jenayah,” ujar Hakim Azizah ketika membacakan keputusan ringkasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI