fbpx

Pertuduhan kes berkaitan filem Mentega Terbang kabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairianwar (tengah) ketika hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu, pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain yang dihadapi oleh penerbit dan pengarah filem kontroversi, Mentega Terbang adalah kabur dan tidak memungkinkan kedua-duanya mendapat perbicaraan yang adil.

Peguam N. Surendran berhujah, eleman kesalahan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang dihadapi Mohd. Khairianwar Jailani, 32, dan penerbit Tan Meng Kheng, 37, tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Perbuatan melukakan perasaan agama lain ang merupakan elemen penting di bawah Seksyen 298, tidak tertakluk di bawah sekatan `ketenteraman awam’ yang terkandung dalam Perkara 10(2)(a).

“Jika seksyen itu diisytiharkan melanggar Perlembagaan, maka pertuduhan terhadap anak guam saya terbatal dan tiada kes terhadap mereka,” ujar beliau.

Peguam berkenaan berhujah demikian ketika mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Tinggi.

Persoalan itu adalah sama ada Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang mengandungi perkataan melukakan agama orang lain adalah melanggar Perkara 10(1)(a) dan seharusnya terbatal dan diisytiharkan tidak berperlembagaan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berhujah agar mahkamah menolak permohonan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pemohon.

Beliau berhujah, persoalan perlembagaan yang dibangkitkan itu tidak perlu dirujuk ke Mahkamah Tinggi kerana ia bukan persoalan yang sukar, sebaliknya boleh diputuskan pada akhir perbicaraan.

Majistret Noorelynna Hanim Abd. Halim menetapkan keputusan diumumkan pada 14 Jun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI