fbpx

Blackpink umum 4 Mac 2023 gegar Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT Blackpink di Kuala Lumpur dijadualkan pada 4 Mac 2023.

KUALA Lumpur diumumkan sebagai lokasi kedua di Asia Tenggara selepas Bangkok, Thailand untuk kumpulan muzik wanita popular, Korea Selatan, Blackpink mengadakan konsert jejajahnya tahun hadapan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, Bangkok dipilih sebagai lokasi perdana Asia Tenggara Blackpink Born Pink World Tour iaitu pada 7 dan 8 Januari 2023, diikuti Kuala Lumpur (4 Mac), Jakarta, Indonesia ( 11 Mac), Manila, Filipina (25 Mac) dan terakhir, Singapura (25 Mac).

Perkara tersebut diumumkan kumpulan yang cukup dikenali menerusi How You Like That itu menerusi Instagram.

“Pengumuman jadual konsert Blackpink World Tour [Born Pink],” maklum pengendali akaun Instagram rasmi kumpulan yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa tersebut.

Konsert jelajah kumpulan K-pop popular dunia tersebut akan bermula 15 dan 16 Oktober ini di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke lokasi-lokasi lain seluruh dunia.

Difahamkan, konsert di Malaysia bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan persembahan kali ini merupakan yang kedua selepas konsert pertama diadakan di Stadium Shah Alam pada Februari, 2019.

Sementara itu, syarikat pengurusan Blackpink, YG Entertainment turut mengumumkan album terbaharu berjudul Born Pink yang akan dilancarkan September depan.

Single debut diberi nama Pink Venom akan menemui peminat pada 19 Ogos ini.

Born Pink merupakan album terbaharu Blackpink dalam tempoh hampir dua tahun selepas diskografi penuh pertama mereka, The Album yang dilancarkan pada Oktober 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI