fbpx
Pengguna iPhone dan Apple Watch kini boleh membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan Apple Pay - Gambar hiasan

Apple Pay kini di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Visa hari ini mengumumkan kerjasama dengan Ambank, Maybank, dan Standard Chartered Bank untuk membawakan perkhidmatan Apple Pay kepada para pemegang kadnya di Malaysia.

Apple Pay merupakan kaedah yang selamat, tanpa sentuh dan mudah untuk membayar yang membantu pelanggan mengelak daripada menyerahkan kad pembayaran mereka kepada orang lain, menyentuh butang fizikal, atau bertukar-tukar wang tunai.

Pemegang kad Visa daripada bank-bank yang mengambil bahagian boleh membuat pembayaran tanpa sentuh hanya dengan memegang iPhone atau Apple Watch mereka berdekatan dengan terminal pembayaran.

Setiap pembelian Apple Pay adalah selamat kerana ia disahkan oleh Face ID, Touch ID, atau kod laluan peranti, di samping kod keselamatan dinamik satu kali penggunaan yang unik.

Pengurus Negara bagi Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, penggunaan pembayaran digital telah berkembang pesat sepanjang dua tahun yang lepas, sekali gus mempercepat peralihan Malaysia untuk menjadi masyarakat tanpa tunai.

“Visa teruja untuk menyokong pengenalan Apple Pay di Malaysia, terutamanya memandangkan negara ini telah berada di landasan yang kukuh dari segi penerimaan dan penggunaan pembayaran tanpa sentuh.

“Kami percaya bahawa Apple Pay dengan ciri keselamatan, privasi dan pengalaman tanpa PIN yang mudah akan mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR