fbpx

Parti Jokowi sasar sekurang-kurang 4 peratus undi Pemilu 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PDRI melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), kelmarin. - Winda Nelfira/Liputan6.com

JAKARTA – Parti Demokrasi Rakyat Indonesia (PDRI) yang memerintah menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya empat peratus undi semasa pilihan raya umum (Pemilu) 2024, lapor saluran berita Liputan6  kelmarin.

Anggota tertinggi PDRI mengunjungi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) untuk menyerahkan dokumen pendaftaran calon-calonnya untuk Pemilu 2024.

PDRI menjadi parti  politik ke-13 secara rasmi mendaftar untuk bertanding dalam Pemilu 2024.

Namun, masih terdapat beberapa dokumen belum dilengkapkan oleh PDRI.

“Kita sasar untuk bertanding dalam Pemilu 2024.Kita sudah serahkan dokumen namun masih ada yang belum lengkap,” kata Ketua Hal Ehwal Organisasi PDRI, Sudarsono.

Jelas Sudarsono, PDRI menyasarkan sekurang-kurangnya 4 peratus undi dalam Pemilu akan datang.

Bagaimanapun, Sudarsono turut menyedari bahawa persaingan pada pemilihan kali ini akan menjadi sangat sengit.

“Sasaran utama buat masa ini adalah empat peratus undi, itu angka paling minimum,” kata Sudarsono.

Namun,  Sudarsono menjelaskan bahawa PDRI tidak mempersoalkan sama ada menang atau kalah pada pemilihan yang akan datang.

“Ya, sudah tentu kita juga mahu memenangi pilihan raya umum,” jelasnya.

PDRI adalah parti yang dianggotai oleh Presiden Indonesia Joko Widodo yang bakal menamatkan khidmat dua penggal wajibnya pada 2024. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI