fbpx

Massa harap Leclerc, Sainz terus bersabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LECLERC dan Sainz beberapa kali terlepas peluang untuk memenangi perlumbaan atau podium ekoran kesilapan percaturan oleh Ferrari. – AFP

LONDON – Sejak kebelakangan ini pasukan Scuderia Ferrari se­ring melakukan kesilapan terutama dalam aspek percaturan strategi dalam saingan Formula Satu (F1) sekali gus mendatang­kan kerugian kepada dua pemandunya.

Bekas pemandu Ferrari, Felipe Massa berharap Charles Leclerc dan Carlos Sainz Jr. terus bersabar dengan harapan pasukan yang berpangkalan di Maranello, Itali itu tidak akan mengulangi kesilapan dalam baki sembilan pusingan akan datang.

Ferrari melakukan kesilapan strategi sewaktu di Grand Prix Hungary yang menyebabkan Leclerc kehilangan podium ming­gu lalu.

Leclerc dikatakan hilang sabar selepas impiannya yang dijangka menjadi pencabar utama dalam merebut gelaran F1 2022 semakin pudar selepas kini ketinggalan 80 mata di belakang Max Verstappen (Red Bull).

Justeru, Massa berharap Leclerc tidak memperlihatkan kemarahannya itu di luar daripada saluran yang sepatutnya kerana ia tidak menguntungkan kedua-dua pihak.

“Bagi saya, Leclerc perlu bersabar. Walaupun anda tidak berpuas hati dengan keputusan atau kesilapan yang berlaku, anda perlu berjuang dengan cara yang betul dan secara profesional.

“Elakkan untuk menunjukkan kemarahan tersebut di luar kerana ia tidak membantu kedua-dua pihak. Walaupun Ferrari melakukan lebih banyak kesilapan tahun ini, pergaduhan tidak menyelesaikan masalah.

“Perlu diingat, Leclerc juga turut melakukan kesilapan hingga kehilangan mata penting,” katanya.

Pilihan strategi yang salah oleh Ferrari menyebabkan peluang Leclerc untuk memenangi perlumbaan terkubur terutama di GP Monaco, GP British dan Hungary. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI