fbpx

Kulim bakal bina loji PFOE pertamanya di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Faris Adli (dua dari kiri, depan) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Urusan Eonmetall, Yeoh Cheng Chye (dua dari kanan, depan) di Johor Bahru.

PETALING JAYA – Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) melalui anak syarikat perladangannya, Mahamurni Plantations Sdn. Bhd. (MPSB) bakal membina loji pengekstrakan
minyak gentian sawit (PFOE) pertamanya di kilang kelapa sawit Sedenak di Johor.

Loji tersebut akan mengekstrak minyak daripada gentian mesocarp daripada buah tandan segar yang diproses untuk menghasilkan minyak sawit merah yang boleh dijual pada 85 peratus daripada harga minyak sawit mentah.

Pengarah Urusan Kulim, Mohd. Faris Adli Shukery berkata, inisiatif tersebut akan menjana aliran pendapatan baharu bagi Kumpulan dengan anggaran RM8 juta setahun.

“Projek ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk melaksanakan ekonomi kitaran  dengan memanfaatkan sisa minyak sebagai bahan mentah untuk biofuel dan menggunakan tenaga boleh diperbaharui untuk operasi loji daripada sumber yang mampan.

“Lebih penting lagi, ia adalah bukti komitmen kami terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis menandatangani perjanjian kontrak dengan Eonmetall Technology Sdn. Bhd. (Eonmetall), anak syarikat Eonmetall Group Berhad yang berpusat di Pulau Pinang, untuk membina loji tersebut, yang dijangka siap pada suku ketiga tahun hadapan.

Sejak tahun 2007, Eonmetall, yang memiliki paten teknologi tersebut, telah memasang lebih daripada 20 kilang dalam industri minyak sawit. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI